End of Holiday
Oh yeah cuti aku hampir tamat. Sekejap je aku rasa cuti kali ini. Sebulan je mana cukup! Tengah hari nanti aku akan kembali ke utp tercinta menjalankan tugas yang telah di amanahkan.. although tomorrow dah start MAS (Minggu Aluan Siswa aka orientasi pelajar baru) Ok aku tau aku terlepas sehari of MAS a.k.a hari pendaftaran budak-budak baru. Tidak dapatlah aku memberi senyuman ikhlas aku kepada budak-budak itu dan kedua ibu bapa & keluarga mereka.
Yang aku perasan, cuti kali ni tak membawa sebarang faedah langsung kepada aku. Yang aku hanya tau buat ialah golek-golek atas katil sambil membaca manga & berada di depan laptop kesayangan tanpa tujuan yang munasabah. Langsung tak terfikir untuk belajar memasak dari tukang masak terhandal di rumah ini. Dulu time dok busy untuk final exam berazam untuk improve english. Tapi bila cuti hampeh, kamus pun tak bukak. Konon nak exercise tapi tak sekali pun aku mengerakkan badan dengan seaktifnya. Oh apa sudah jadi? Hanya tinggal angan-angan sahaja.
Minggu yang paling bermakna apabila aku mengawaykan diri menghadiri camp Soaring of The Eagle. Memang bermakna. Amat best sekali. Rasa kalau diorang buat camp tu sebulan pun aku sanggup attend. Dari membuang masa tak tentu hala. Haha.
Apa yang aku aktif ialah mendownload dan tengok movie. Adala berpuluh movie aku dah tengok sepanjang cuti ni. Movie lama, movie baru, movie yang aku termiss dekat wayang, movie yang aku tak dapat tengok time cuti ni sebab takde sapa nk teman. (alahai apsal ramai kawan-kawan aku cuti kejap sangat?). Marathon TV Series such as Gossip Girl & Chuck. JDrama & Anime aku tak sentuh langsung. Oh sesungguhnya aku memang cepat berubah citarasanya. JDrama tu agak pelik, sebab time dekat-dekat test & exam baru dia terhegeh nak datang kat aku. Secara tidak langsung menglingkupkan result aku.
Seperti biasa aku akan merindui adik aku yang comel ni, Hafizah. Pastu nasi kandar Penang. Pastu screamyx yang kadang-kadang hampes. Tapi lagi hampes internet dekat utp yang tiap kali aku guna aku akan rasa mahu menjerit pulang ke rumah. Hoho. Bye bye Penang! Semoga berjumpa lagi!
This entry was posted on Saturday, January 12th, 2008 at 12:54 am and is filed under Daily Craps. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


