farfromfearless
Berangan-angan
Apakah perbezaan antara berangan-angan di siang hari & berangan-angan di malam hari?
Pendapat aku, lebih baik berangan-angan di siang hari daripada di malam hari.
Sebabnye apabila anda berangan-angan di malam hari sehingga terkunci pintu bilik sendiri walaupun anda sedar pada waktu itu tidak membawa kunci bilik dan lebih teruk lagi anda tak berniat langsung mahu mengunci pintu bilik tetapi tangan ni dengan gatal & automatiknya menekan kunci dan akhirnya terkunci lah aku di luar bilik.
Yang lebih menyedihkan, pada malam hari office yang menyimpan kunci spare tidak akan buka - maklumlah office kan ada jamnya sendiri.
So akibat aku yang berangan-angan di malam hari menyebabkan pintu bilik aku hancur dek di tendang oleh seorang superwoman, yang semestinya bukan aku.
So pada pendapat aku adalah lebih baik & bagus berangan-angan di siang hari daripada di malam hari - kerana office hour kan pada siang hari!
Damn! Kena beli tukul & paku pula untuk membetulkan keadaan pintu sebaik mungkin walaupun sudah tahu tetap akan kena denda yang berupa wang ringgit. Damn lagi!
6 people have left comments
zek said:
haha..lawak ah..ko leh je nk tumpang blk aku kalo t’kunci lg..
ko mewarisi penyakit aku da neh
Commentors on this Post-
Leave a Comment-
- Copyright 2008 A Walk To Remember. All Rights Reserved.
- Back To Top
- Home





Recent Comments-